Alami • Lihat • Dengar

Platform AI anti-buli untuk kanak-kanak Malaysia

© 2025 Anonymous

Alami • Lihat • Dengar ➝ Klik Buli.my


TAHNIAH!🎉

Kamu adalah perintis pertama yang berjaya menemui Kunci 🔑 Halimunan.


📡 Misi Seterusnya:

Dapatkan Username & Password khas untuk akses Portal Ejen Rahsia.


⚠️ Arahan:

👉 Chat Robot R-X-B 💬 taip:
“Kod Rahsia” 🔐


Tentang Kami

Buli.my ialah Platform AI anti-buli untuk kanak-kanak Malaysia. Kami mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang buli melalui teknologi interaktif yang mesra kanak-kanak.

Visi

Menjadi platform AI pintar anti-buli yang mendidik, melindungi, dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak Malaysia ke arah dunia sifar-buli.

Misi

  • Menggunakan AI pintar untuk berinteraksi secara mesra, positif, dan selamat.

  • Menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami tentang buli.

  • Menyediakan ruang interaktif serta aktiviti kreatif.

  • Menjadi saluran suara kanak-kanak dengan institusi rasmi.

Untuk Ibu Bapa & Guru

Mengapa Buli.my selamat & berguna untuk anak anda? 👧👦

  • Selamat digunakan – Dibangunkan dengan kawalan kandungan, tanpa iklan atau bahan yang tidak sesuai.

  • Mudah difahami – Maklumat disampaikan dalam bahasa ringkas, sesuai untuk kanak-kanak.

  • Interaktif & positif – Aktiviti seperti permainan uji minda dan ekspresi seni membantu anak belajar sambil seronok.

  • Sokongan emosi – Anak boleh berbual dengan AI secara mesra dan selamat apabila mereka perlukan teman mendengar.

  • Saluran suara anak – Buli.my membantu menyampaikan suara kanak-kanak kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

👉 Dengan Buli.my, ibu bapa dan guru mendapat rakan sokongan digital untuk mendidik serta melindungi anak-anak daripada buli.

Media Kit

Dapatkan kit kempen kesedaran Buli.my — setiap sokongan anda membantu kelestarian platform ini.

Nota

Buli.my merupakan sebuah inisiatif sosial yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang isu buli.

Aduan Buli

Saluran Rasmi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Untuk buat aduan rasmi tentang buli, kamu boleh gunakan saluran berikut: 📢

Borang

Setiap aduan akan terus ke saluran e-mel Rasmi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Kecemasan

Jika ada kecemasan, penting untuk bertindak segera! 🚨

  • Cari guru atau ibu bapa kamu dengan segera.

  • Jika situasi berbahaya, hubungi nombor kecemasan Malaysia di 999.

Kamu tidak keseorangan dalam situasi ini. Pastikan kamu selamat, ya! 💙

Kaunseling

Talian Kasih (KPWKM)

Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang menghubungkan orang awam dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan penderaan, pengabaian kanak-kanak, gangguan seksual dan pembuangan bayi.Menerusi talian ini, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kebajikan kumpulan sasar, bantuan perlindungan, perkhidmatan reporduktif dan bimbingan sosial remaja bagi meningkatkan kesejahteraan emosi Masyarakat.

Untuk Ibu Bapa & Guru

Mengapa Buli.my selamat & berguna untuk anak anda? 👧👦

  • Selamat digunakan – Dibangunkan dengan kawalan kandungan, tanpa iklan atau bahan yang tidak sesuai.

  • Mudah difahami – Maklumat disampaikan dalam bahasa ringkas, sesuai untuk kanak-kanak.

  • Interaktif & positif – Aktiviti seperti permainan uji minda dan ekspresi seni membantu anak belajar sambil seronok.

  • Sokongan emosi – Anak boleh berbual dengan AI secara mesra dan selamat apabila mereka perlukan teman mendengar.

  • Saluran suara anak – Buli.my membantu menyampaikan suara kanak-kanak kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

👉 Dengan Buli.my, ibu bapa dan guru mendapat rakan sokongan digital untuk mendidik serta melindungi anak-anak daripada buli.

Cipta Robot X-B

Gunakan bahan kitar semula seperti kotak, botol plastik, atau kertas terpakai untuk membina Robot X-B versi kamu sendiri. Reka bentuknya mengikut imaginasi kreatif. Ambil gambar robot itu dan hantar pada kami. Ciptaan terbaik akan disiarkan di media sosial Buli.my!

Lukis Komik Robot X-B

Tunjukkan bakat melukis dengan menghasilkan komik pendek tentang Robot X-B. Ceritakan bagaimana Robot X-B membantu kawan, menggunakan teknologi pintar dan kebaikan untuk hentikan buli. Hantar hasil komik kamu kepada kami. Karya menarik akan dipilih untuk dikongsi di media sosial Buli.my!

Hantar Karya

Karya akan disiarkan di media sosial Buli.my!

Info

🤔 Apa Itu Buli?

Buli ialah perbuatan menyakiti orang lain dengan sengaja, sama ada melalui kata-kata, tindakan, atau di internet.

🚫 Jenis-Jenis Buli

  • Buli Fizikal – Menolak, menumbuk, menendang, atau merampas barang.

  • Buli Lisan – Mengejek, menggelar nama, atau mengugut.

  • Buli Sosial – Mengasingkan kawan, menyebar cerita palsu.

  • Buli Siber – Menghina atau mengganggu melalui mesej, media sosial atau permainan dalam talian.

🧠 Apa Yang Buli Boleh Buat?

  • Membuat kita rasa sedih dan takut.

  • Hilang keyakinan diri.

  • Tidak seronok datang ke sekolah.

💡 Ingat!

  • Semua orang berhak rasa selamat dan dihormati.

  • Buli adalah perbuatan yang salah dan perlu dihentikan.

Tip

🌟 Cara Elak Buli Secara Bijak:

  • 😊 Sentiasa kawan dengan rakan baik.

  • 🗨️ Cakap sopan, jangan marah.

  • 👩 Cepat beritahu cikgu atau ibu bapa.

Hubungi

Sticker Kereta

Pelekat kereta berpaut statik berkualiti tinggi untuk cermin depan, belakang atau tingkap.

Saiz165 mm x 65 mm
MaterialFilem lutsinar
HargaRM10.00
  • Mudah dilekatkan

  • Tanpa gam

  • Pos Percuma

Sticker Magnet

Sticker magnet Buli.my yang fleksibel, sesuai untuk melekat pada peti sejuk, papan putih, loker dan panel logam.

Saiz150 mm x 50 mm
MaterialMagnet fleksibel
Ketebalan0.45 mm
HargaRM10.00
  • Mudah dilekatkan

  • Tanpa gam

  • Pos Percuma

Borang Pembelian

Jadi Ejen Rahsia

Sertai Misi Robot R-X-B, daftar sebagi Ejen Rahsia!

Sticker

Muat turun sticker, print, gunting, gam dan tampal.